:'(
keringnya hati...
lesu tak bermaya...
terasa karat tiada manisnya...
aduhai, ya Allah...
tiada lagi rasa getaran pada jiwa...
...yang sering terasa tatkala menghitung diri...
Allah..
bagaimana ni..
:'(
inilah yang dirisaukan...
*************************************************
insyaAllah,ada kesempatan, nak ziarah pusara dia.
Dia yang suatu ketika dulu pernah menjaga aku....
Aku yang mengada-ngada dan tak tahu malu...
Bukan dengan semua orang aku boleh buat tak malu; orang tertentu je...
sebab bukan dengan semua orang aku bermanja....
Ahhh!! Rindunya!! Harus bagaimana entahlah...
Ya Allah, moga-moga ziarah ini bakal menjadi asbab hidupnya hati dan terubatnya rindu ini...aamiin...
Pilihlah corak kehidupanmu!! Corak kehidupan biarlah bernafas dalam roh Islam. Hai, selamat sejahtera iman!! =) selamat datang ihsan!! Apa kabar? Hidup dalam ketaqwaan itu lebih indah harmoni. Tenang hati dengan halawatul iman. Damai hidup dengan halawatul ibadah. Manis semua. Insan budiman, mari kita berbudi, mari kita mengejar iman. sekian.
Showing posts with label no tittle. Show all posts

Friday, September 28, 2012
Saturday, September 15, 2012
secebis bekalan perjalanan:
"janganlah bermusuh dengan kematian."
"ia suatu kepastian."
"dan lihatlah ia sebagai pintu untuk kita berjumpa dengan nabi Muhammad s.a.w..."
"bersungguh-sungguhlah persiapkan diri untuk berjumpa Baginda..."
"moga-moga, damailah terasa hati setiap kali ingat akan kematian.. insyaAllah.."
"jiwa yang ada rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah pasti melihat kematian itu sebagai sesuatu yang sangat menggembirakan hati..."
~dari hamba Allah; seorang abang~

alhamdulillah untuk segalanya...
astaghfirullah atas segala dosa-dosa...
tidaklah mampu diri ini mengenaliMu ya Allah dengan sebenar-benar pengertian..
juga tidak mampu diri ini mengenali kekasihMu dengan sebenar-benar pengetahuan...
melainkan dengan rahmatMu jua...
perkenalkanlah untukku, ya Allah...
moga-moga jiwa ini mengerti...
..dan tenang dalam ma'rifatullah.....
damai dengan cinta hakiki....
aamiin.

Labels:
no tittle
Friday, January 13, 2012
Bagaimana mungkin terlepas dari memikirkannya sedangkan itulah bicara kita setiap hari..(kalau perasan).
~al-Fatihah~
Hayati maksud tersirat.
Allah yang menguasai hari pembalasan.
Bagaimana akhlak dengan Allah??
Ada tak rasa ihsan dalam diri??
merasa diri diperhati Allah??
Allahuakbar!
kadang-kadang ada.
kadang-kadang takde.
Astaghfirullah..
Lemahnya..
La haula wala quwwata illa billah.
kubur aku..
mizan aku..
buku amalan aku..
qiamat nanti macamana??
persiapan aku..
perancangan aku..
diri aku..
~soalan harian~
dan,
terbit rasa pentingkan diri sendiri..
yang menyebabkan>>>"Ah, aku tak kisah orang nak kata apa!! Yang penting, Allah!! Peduli apa aku!! Aku punya pasallah!! Nanti aku yang kena jawab di hadapan Allah, bukan kau, tapi AKU. AKU YANG KENA JAWAB!!!"<<<
Boleh je kalau aku nak balas kata-kata yang jahat dengan kata-kata yang jahat juga. Aku pun ada suara. Tapi, malaslah nak buang masa. Membazir suara aku je.
Boleh je kalau aku nak pergi yoya yoya ke mana-mana yang aku suka. Aku pun ada kaki ada tangan.. Tapi, terima kasih jelah. Membazir tenaga aku je.
Boleh je kalau aku nak usya ini itu dan sebagainya. Aku pun ada mata. Tapi, TIDAK!!! Reserved. Simpan mata ni untuk lihat perkara yang jauh lebih indah di akhirat, insyaAllah.
kata-kata jahat..
yoya yoya..
usya sesuka hati..
boleh memang boleh, tapi, nanti jawablah kat akhirat nanti di hadapan Allah!! Ada boleh jawab?! ~cukuplah, aku tak mampu nak jawab.
seluruhnya adalah pinjaman, termasuklah anggota badan kita.
dah nama pun pinjam, so, kenalah ikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh yang memberi pinjam (Allah)... Siapalah aku nak memandai je...
dan diri tak terlepas dari berbuat dosa.
itu biasa. tak pelik.
yang peliknya, ialah apabila kita tak bertaubat....
[yakinlah, setiap 'keseronokan' yang kita tinggalkan kerana Allah, pasti Allah akan hadiahkan keseronokan yang jauh lebih damai...lebih indah...lebih tenang....dalam jiwa sanubari, alhamdulillah.]
~terima kasih Allah~
:)

Saturday, December 31, 2011
suatu hari, dengan tak malunya, kacau mak....
saje suka :D
datang kat mak dan baring..
sembanglah macam-macam...
tadah telinga...
biasa buat macam ni. suka. tak de keje :P
topik sembang, sempoi je..
tapi tak tahulah nape, tiap kali sembang dengan mak, antara 2, kalau tak rasa insaf, rasa bersemangat. [tapi, tak termasuk kalau mak naik angin...seram...senyuman marah mak, comel, tapi menakutkan...Sebelum mak marah, baik cabut lari, atau buat apa mak suruh. mulut mak masin...takut juga, kalau mak hilang sabar...]
biasanya, kalau takde adik beradik lain dekat mak, haha, suka!! ni lah masanya aku mintak nasihat dari mak... "mak, bagilah bb nasihat.. apa-apa je! ikut suka mak nak cakap apa.."
:) mak pun layan jelah aku...
banyak juga nasihat yang sama diulang-ulang, tanpa jemu..
uh, pedih.. (that's why, aku tak suka kalau adik-beradik lain ada sama, waktu 'sesi kaunseling' aku dengan mak..)
dan mak pun tahu, aku ni jenis macamana.. :)
terima kasih, mak...
"tapi mak,....." ~aku.
"takpe, pelahan-lahan..mak doakan." ~mak.
kadang-kadang,
suka tanya soalan ikut suka hati je..
"mak, abah hensem tak waktu muda dulu??" :P
"mak, macam mana mak terpikat kat abah??" :P
hahahaha...
tersengih aku dengar cerita mak zaman dulu..
suka!! :D
(that's why, teringinlah nak tengok mak abah di majlis perkahwinan. macam comel je. :) tapi, mustahil la tu... aku pun tak wujud lagi..) apa yang boleh aku harapkan, semoga Allah merezekikan mata ini melihat 'majlis' perkahwinan mereka di akhirat, insyaAllah....
Caranya?? Wallahua'lam.
(ada la beberapa jalan, yang pernah diberitahu kepadaku..yang pernah ust ustzh ajarkan...) Tak mudah, tapi, tak salahkan, kalau kita berusaha?? :) Hakikatnya, semua kurniaan adalah dari Allah. Nak mengharapkan siapa lagi, kalau bukan Allah??
kisah anak dengan mak..
biasa lah..
semua cerita. tak malu pulak tu..
kadang-kadang, ada juga segan..
kalau tak cerita pun, mak tahu...
sumber maklumat mak banyak. antaranya, dua-dua cik adik.
memandai je bagi tahu mak..
dan..
alang-alang dah terkantoi,
:) "macam mana ni mak??" ~aku.
"biasalah tu.. doalah.." ~mak.
"doa macam mana?" ~aku.
"ya Allah, kurniakanlah untukku jodoh yang baik untuk duniaku dan akhiratku.." ~mak.
"ameen.." ~sama-sama meng'amin'kan doa...
"mak pun, tolonglah doakan.. Doa mak untuk anak, makbul.."~aku.
"ye, jangan risau." ~mak.
(chewah!! special tu.. Mak yang doakan.. :D that's why tak main ah yo ya yo ya...Siapapun, tak kisahlah. aku dah suka dia sebelum aku tahu siapa pun dia. sebab, aku yaqin, doa mak terbaik. dan aku yaqin, siapapun yang Allah pilihkan untuk aku, itu yang TERBAIK untuk duniaku dan akhiratku, insyaAllah..ameen...)
dalam hati ada taman... :)
dalam taman, ada mak abah..
mereka selalu menyuburkan harapan...
pergantungan sepenuh tawajuh kepada Allah..
mengharapkan kebaikan di hari pembalasan...
"selagi masih hidup, buatlah baik.. Hidup sini tak lama.."~mak.
"Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Janganlah sombong wahai manusia.."~mak.
"Belajar jelah. Fokus. Tahulah abah nak tanggung semua anak-anak abah belajar. Abah tak harap balasan apa-apa. Dah memang tanggungjawab abah. Kalau ada anak-anak abah yang nak doakan abah, alhamdulillah, abah bersyukur. Kalau tak ingat pun tak pe, abah redha." ~abah.
Allahuakbar.
Berat hati menahan..
mana mungkin, aku lupakan kalian.. ='(
insyaAllah, takkan.
kerana kalian hadiah teristimewa dari Allah buat diriku..
Alhamdulillah..
adapun hati kalian terluka disebabkanku..
maafkanlah anakmu..
dan..
aku mohon ampun dari Allah..
atas segala dosa-dosaku..
astaghfirullah..
~terima kasih Allah.

Friday, December 30, 2011
Seolah sengaja membiarkan hati merasa kesusahannya..
Biarkan. Padan muka!!
Belajar untuk tabah!
Belajar untuk matang!
Belajar untuk ikhlas!
Baru machoooo :D haha.. (macho tu apa?? =_=" selalu macam ni...tak tahu apa cakap sendiri...)
*macho=hebat (ikut kamus fahaman sendiri..Wallahua'lam.)
"ya Allah, aku serahkan hati ini kepadaMu..terpulang apa sahaja, buatlah, ikut suka Allah.." ~monolog. (kembali kepada yang mencipta. banyak songel sangat hati ini. dahlah, malas nak layan.)
songel tu apa??? =_=" (apa nak jadi lah aku ni...macam-macam..)
songel=karenah (ikut kamus fahaman sendiri lagi. Wallahua'lam)
.....................
...........
......
..
.
.
Namun, sesekali...(byk kali juga)..
hati terasa jua..
koman sungguh!!
bukan apapun.
relaks r!
tak macho r macam nih!!
(macho=hebat. Koman, sebaliknya)
......
..
.
entah apa-apa..
.
..
...
....
"tak kisahlah apapun, hebat atau tak, dah letih..." ~monolog. Bunyi macam nak putus asa.. atau memang pun terasa begitu, wallahua'lam.
ikutkan hati, memang nak putus asa.
senang.
nak mengalah je.
give up.
tapi... ='(
Allah tak bagi....
"Allah, kenapa tak bagi..??" ~monolog.
"habis tu, macam mana ni, ya Allah..??" ~ monolog.
AH!!!
Tak kiralah macamana macamana pun, TERUSKAN JUGAK!!! ALLAH TOLONG!! YAQIN ITU!! Seolah terngiang-ngiang kata-kata semangat dari mereka... (mak abah)
????
=_='
Allahuakbar!
OK...
Baiklah...
InsyaAllah...
La haula wala quwwata illa billah...
*bagaimana mungkin aku berhenti dan menjauhinya sedangkan setiap bait yang kubaca mengajar aku membina harapan mendekatiNya.....walau betapa diriku_______. sungguh aku tak layak... Namun, kata-kata di dalamnya seolah memujuk hati supaya menjadi lebih lunak...
Ali-Imran:135-136
~terima kasih Allah..

Kaki terus melangkah, namun, hati sering terasa ingin berpatah balik. Makin lama, langkah makin laju. Sengaja dilajukan. Tak nak layan sangat perasaan. Namun, hati sering terasa ingin berhenti. Adakala menang, adakala kalah. Petanda diri lemah iman. Masih dalam mujahadah. Bagaimana ingin lari dari hati, sedang hati berada dalam jasad ini, sentiasa.
"Takkan nak ikut kehendak hati semuanya??!! Macamlah bagus sangat hati ni!!" ~monolog (pertarungan jiwa. tak peduli! hati, mesti tunduk kepada Allah. Jangan nak mengada-ngada!!!)
Tingkatan nafsu...
Ammarah..@ tirani..
Lawwamah..@ penuh penyesalan..
Mulhamah..@ terilham..
Mutmainnah..@ tenteram..
Radhiyah..@ redha..
Mardhiyah..@ diredhai Tuhan...
Kamilah...@ suci...
"bagaimana harus mengikut kehendakmu, hati, sedang kau masih berada dalam tingkat penuh penyesalan.." ~monolog (memujuk hati, dengan nada lebih tenang..)
"Allahuakbar!!" ~ luahan hati, akur saja... La haula wala quwwata illa billah... (mengharapkan bantuan dan kekuatan dari Allah setiap masa. ya Allah, jangan biarkan hatiku yang penuh penyesalan ini mentadbir diriku melainkan Engkau berikan hidayah dan taufiq kepadanya..ameen..)
dan..
pergolakan dalam jiwa
terus berlaku...
antara kata iman..
atau nafsu..
"ya Allah, kurniakanlah ilham kepada hati ini agar sentiasa cenderung ke arah perkara yang Engkau redhai...Rezekikanlah hambaMu ini nafsu mutmainnah, sentiasa tenang...redha...dan diredhaiMu...ameen.." ~monolog (dalam penyesalan, terpancar harapan melangit, mengharapkan rezeki dari Allah..)
"ya Allah, rezekikanlah hambaMu ini maghfirahMu... Ampuni hamba..." ~monolog (tak mampu nak fikir yang lain dah, selain ini. Moga Allah ampunkan dosa-dosa, dan redha akan diri ini...)

Wednesday, December 7, 2011
alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang tak terkira. syukur kepada Allah yang telah menciptakan diri ini. syukur kepada Allah selama-lamanya....
..kesyukuran yang memerlukan kesyukuran..
..takkan mampu diri ini bersyukur andai bukan kerana rahmat Allah jua..
...betapa baiknya Allah... Tabarakallah!!
Allah... :'(
rahmatMu mengatasi segala kasih..
kasihilah hamba-hambaMu..
ya Allah..
andai Engkau hanya mengasihi hambaMu yang soleh, siapa lagi yang mahu mengasihi hambaMu yang banyak berbuat dosa dan maksiat???
kepada siapa lagi harus kupergi, kalau bukan kepadaMu; Sang Pencipta diri...

Monday, December 5, 2011
hati sudah terpaut pada indahnya hidup bertawakkal kepada Allah. syukur kepada Allah atas segala kurniaanNya.
ya Allah, bahagiakanlah mereka yang membawa aku kepadanya... bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat jua... lapangkanlah rezeki mereka di dunia ini mahupun di akhirat yang sentiasa dekat di hati...
bahagiakanlah mereka yang membawa aku kepada indahnya hidup bertawakkal kepadaMu...ikhlas dan sabar menerima semua ketentuanMu...gigih dan tekun dalam mempersiapkan diri menujuMu....
hati subur harapan....tak berhenti mengharap, moga Allah ampunkan segala dosa-dosa, dan kurniakan kekuatan untuk terus dan terus dan terus perbaiki diri... [sungguhpun diri takkan sempurna...] biarkan. dengan segala ketidaksempurnaan diri ini, biarkan terbit nilai kehambaan. menjadi hamba Allah. untuk Allah sahaja.

Friday, June 10, 2011
ke hulu ke hilir..
mundar mandir..
ke sana ke mari..
entah.
makan minum tidur..
adakah hanya sekadar itu..?
tidak.
tak nak begitu.
Allah.
kembali lagi kepada Allah.
mencari jawapan.
sudah berapa kali..
tak terhitung lagi..
sentiasa saja temui jalan buntu.
maka, sentiasa jugalah kembali kepada Allah.
(ini cara aku. aku tak jumpa jalan lain dah selain ini)
kembali kepada Allah yang mencipta diri.
kenapa aku dicipta?
khalifah?
hamba Allah?
pemegang amanah?
bertanya kepada mak yang melahirkan.
maaf mak..
kenapa mak, beri nama anak "noraini mardhiyah"?
rasa segan je pula..
diri tak padan dengan nama..
apapun, terima kasih mak..
insyaAllah, mak...
bertanya kepada abah sesuatu. (rahsia).
tapi kenapa abah?
oh, begitu rupa-rupanya.
hmm..insyaAllah..
bertanya kepada guru-guru.
apa yang penting dalam hidup ni?
husnul khatimah.
bakti.
ihsan.
ikhlas.
halal.
ilmu yang bermanfaat.
dan macam2 lagi...(lain orang, lain jawapan)
hmm.. pelbagai ragam manusia aku jumpa.
tidak memandang rendah, dan tidak pula memandang tinggi.
memandang kepada keluasan rahmat Allah. Allah yang mencipta segala-gala. Allah yang paling faham setiap satu dari hamba-hambaNya... Sabarnya Allah melayan karenah hamba-hambaNya yang bermacam ragam (termasuklah aku).....
Bagaimana tidak kembali kepada Allah, padahal, Allah yang mencipta diri. Allah yang paling memahami segala sesuatu kekusutan dalam diri. Allah saja yang berkuasa membantu. Allah yang maha penyayang, maha pengasih... Allah segala-galanya.

kembara hati mencari Allah,
no tittle
Wednesday, May 25, 2011
teringat pada sebuah pesanan seorang sahabat, pesannya padaku (sampai sekarang aku masih ingat dan pegang nasihatnya itu).
"masa kalau tak diisi dengan perkara manfaat, perkara maksiat akan mengambil alih."
ringkas pesanan, mudah pengertian. sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tak kira walau berapa usia, laki atau perempuan, bangsa apa sekalipun......
sama juga konsepnya dengan FB. FB, kalau tak diguna untuk kebaikan, maka perkara sia2 akan mengambil alih....
Wallahua'lam.
*sahabat saya tu tak buat akaun FB. so, kalau nak cari dia kat FB, memang tak jumpa. istimewa.

Wednesday, May 4, 2011
Kita perlu dididik dengan sifat syukur, sabar dan redha.
Lain orang, lain bentuk ujian yg Allah berikan.
Sepatutnya kita redha dengan ujian yg Allah beri.
Jika hati payah untuk bersyukur, maka cubalah lihat kehidupan org yg lebih susah daripada kita. Moga2 terdetik rasa insaf dalam diri, insyaAllah.
Jika hati payah untuk sabar, maka cubalah renungi sirah perjuangan para rasul ulul azmi terutamanya sirah nabi Muhammad s.a.w. Moga2 Allah beri kita kekuatan untuk mengikut teladan nabi s.a.w. Moga2 sifat2 yg ada pada diri nabi, turut ada dalam diri kita walaupun cuma sedikit, insyaAllah.
Bukan senang mendidik hati. Sikap orang di keliling kita, turut mempengaruhi hati. Seharusnya kita bergaul dengan orang secara baik, tak kira walau siapa jua lebih2 lagi dengan ahli keluarga.
"sebaik-baik kamu ialah yg paling baik terhadap keluarganya dan akulah yg paling baik terhadap keluargaku." ~mafhum hadis nabi~
Namun, ia bukanlah suatu perkara yg selalu mudah dilakukan.....
Beruntunglah bagi orang yg sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar..

Wednesday, April 27, 2011
padahal, ia sangat berat. namun, kalau itu saja caranya, alhamdulillah, terima saja. selagi masih dalam kemampuan seorang manusia, selagi tu, insyaAllah, tiada yg mustahil. usaha itu perlu, walaupun payah.
sejenak muhasabah.
bukan tak tahu, tapi lalai.
kembali mengingati Allah. kembali kepadaNya dalam apa jua keadaan. kembali kepadaNya yg mencipta diri. kembali mengenaliNya. kembali mengenang segala kurniaanNya.
cinta. kembalikan cinta kepadaNya. hati tak mampu menerima, tak mampu juga memberi, melainkan dengan rahmatNya. sendiri.
Allah sumber sakinah.
kembali kepada Allah.

Saturday, April 23, 2011
aku lihat mereka anak yg baik; selalu ambil cakna hal ibu bapa dan adik beradik. aku?? terkadang rasa serba salah. ihsan dan baktiku,pada mereka, tak sebaik dan tak sehebat bakti mereka kepada ibu bapa mereka. astaghfirullah..
dunia ibarat roda. jika kita buat baik pada ibu bapa, nanti, insyaAllah, anak kita akan buat baik pada kita, insyaAllah. itu yg cikgu aku selalu pesan.
dan sekarang, aku terfikir, adakah mereka menantikan aku menjadi anak yg baik sebaik mereka?? jika tidak, alhamdulillah, sebab aku tak termampu nak tiru mereka. moga Allah memberi ganjaran yg lebih baik dari itu. jika ye, pun alhamdulillah juga. =) moga2 harapan mereka menjadi kenyataan, insyaAllah.. Dan aku akan sekuat tenaga berusaha ke arah itu... Moga benarlah, aku adalah "noraini mardhiyah" bagi mereka, insyaAllah.
segala puji bagi Allah. tiada dayaku melakukan ketaatan, juga meninggalkan larangan, melainkan dengan rahmat Allah jua... Bukan aku tak ingin mengejar mardhatillah, namun, nafsu ini selalu memujuk aku, dan aku lesu.
kemuliaan milik Allah. tiada dayaku menghadapi pujukan nafsu melainkan dengan rahmat Allah jua. dan kini, biar aku yg memujuk nafsu. "nafsu, taatlah kepada Allah, insyaAllah, kita akan bahagia.."
segala-galanya milik Allah. tiadalah aku memiliki apa-apa melainkan seluruhnya adalah kurniaan daripada Allah taala. dan, 'kami' kini bahagia mengejar mardhatillah. nafsu juga, kembali mentaati Allah. usah liar lagi. sama2 tunduk dan taat. kerana kita kepunyaan Allah. maka, Allah adalah matlamat ubudiyah diri. Allah, dengan rahmatMu jua, nafsu ini tunduk pada sebuah cita-cita; MARDHATILLAH. Alhamdulillah.

Friday, April 22, 2011
Terbentang dua jalan.
Pilihlah yg mana berkenan di hati.
Yup!
Memang betul segalanya dah ditaqdirkan oleh Allah. Namun, kuasa memilih, ada di tangan kita. Jadi, pilihlah yg terbaik. Jangan salahkan taqdir andai nasib tak menyebelahi kita.
Benar, kita tak terlepas dari berbuat dosa. Maklum saja, kita manusia biasa, tidak ma'sum. Makanya, marilah, intai rahmat Allah melalui pintu taubat. MARI!!
dunia.
ma'ruf atau munkar.
akhirat.
syurga atau neraka.
PILIH.
Di hadapan kita terbentang jalan ma'ruf (kebaikan). terpulang kepada kita bagaimana kita ingin manfaatkan.
dan
terbentang juga jalan munkar (kemaksiatan). terpulang pada kita bagaimana kita menggunakan kebijaksanaan bagi menutup jalan2 kemungkaran.
Laksanakan tugas sebagai abdi dan khalifah Allah.
Selamat berjaya, insyaAllah.

Wednesday, April 20, 2011
kerana akhirnya kita akan sendiri.
kubur aku, kubur aku.
kubur kau, kubur kau.
dan aku,
belum bersedia
untuk tempat tinggal aku di sana.
jika kau dah bersedia, alhamdulillah.
jangan halang aku buat persediaan untuk hari aku di sana.
biarkan aku buat persediaan untuk diri aku.
kau pun takkan sanggup tolong aku di sana.
sungguhpun di dunia kita bersahabat baik.
dahsyat sangat suasana akhirat tak tergambar.
aku takut.
kalau betul kau nak tolong, alhamdulillah.
tolong doakan aku.
terima kasih.

"jangan ingat!! lupakan kebaikan kita pada org. lupa!! jangan ingat."
"ingat kebaikan org pada kita."
"jangan ingat kejahatan org pada kita."
"ingat kejahatan kita pada orang."
[wallahua'lam. ni tazkirah kat masjid yg tersempat dengar dari bilik sementara tunggu isyak. yg lain2 tu, tak dengar sangat. kurang jelas.]

Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar.
Tu pesan nabi s.a.w kepada Fatimah, anak baginda, tatkala si anak mengadu kepada ayahnya perihal betapa penatnya menguruskan kerja2 rumah.
"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar"
33kali sebelum tidur..

nasihat diri,
no tittle,
nota diri
Subscribe to:
Posts (Atom)