Alif
lam
mim
Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa...(al-Baqarah:1-2).
Taqwa sebagai bekalan kehidupan. al-Quran itulah sebagai petunjuk yang pasti, tiada keraguan walau sedikit pun.
Berkatalah yang benar walaupun pahit.
Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (surah as-saff: 2-3)
Wallahua'lam. Dalam memahami dan menghayati makna ayat ini...
Wallahua'lam. Tak reti pula nak tulis panjang-panjang..dan tak layak pun untuk saya tulis lebih-lebih kerana saya bukan ahli dalam bidang tafsir Quran.
Untuk memahaminya dalam satu kata, seribu makna.
Satu perkataan~TEGAS.
Seribu makna..
~percakapan dan tindakan mesti seiring.
~Mengapa?? kerana sangat besar kemurkaan di sisi Allah, andai kita hanya pandai berkata-kata saja, sedangkan kita sendiri tidak mengerjakannya...
~ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman. Setiap perkataan kita akan dipersoalkan..
~dalam menyampaikan nasihat, pesanan, teguran dan sebagainya ke arah amar ma'ruf nahi munkar, hakikatnya, kitalah orang yang paling awal perlu bersegera mengambil segala nasihat, pesanan, teguran yang kita beri...
Di samping lidah sibuk menyampaikan, hati perlu sibuk beristighfar... muhasabah... Diri sendiri pun tak sebaik mana...
Namun...
Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
berpesan-pesan kepada kebenaran
dan berpesan-pesan kepada kesabaran...(surah al-'asr)
Walaupun memang kita tak terlepas dari melakukan dosa, namun, usaha untuk menjauhi dosa dan maksiat itu PERLU. Oleh itu sama-samalah kita saling menolong ke arah kebaikan dan ketaqwaan...
La haula wala quwwata illa billah.
No comments:
Post a Comment