Monday, November 15, 2010

ADAB SUAMI ISTERI BAGI INSAN YANG BELUM KAHWIN

Bismillah..
Saya mesti menulis ni dengan hati-hati, moga sampai maksud saya, insyaAllah.
Ringkas saje sebab tak reti nak tulis panjang-panjang pun. Setakat yang boleh jelah. Asalkan faham. Kalau tak faham, sudah. Lain kali je, insyaAllah akan faham.

Ramai yang terlepas pandang kononnya hidup membujang itu lebih bebas, boleh bergaul dengan sesiapa yang mereka suka. Boleh bertukar-tukar pasangan. Boleh punyai ramai teman berlawanan jantina; bukan teman biasa, malah teman tapi mesra. Bolehke? Siapa kata boleh? Siapa kata bebas? Bebas tanpa hirau batas syariat ni, macam budaya hedonisme je. Hmm.. Dahlah memang tujuan budaya hedonisme disebarkan adalah untuk menghancurkan pembangunan rohani umat Islam. Bijak sungguh mereka yang wujudkan budaya hedonisme. Mereka tahu di mana kekuatan umat Islam dan mereka berusaha memusnahkannya. Cuma, malang sungguh! Adakah kita sedar perkara ni?

Kalau kita yang kebanyakannya masih belum bernikah lagi ni tak ingat nak jaga adab suami isteri bagi insan yang belum berkahwin, tak mustahil ada di antara kita yang boleh hanyut dalam arus hedonisme ni; kalah pada suasana yang subur dengan budaya remaja hidup berpasang-pasangan tanpa nikah hari ini. Na'uzubillah.

Termasuk dalam adab suami isteri, tidak berlaku curang sebelum bernikah..(iaitu menjaga diri baik-baik). Susah nak dengar ada rumahtangga bahagia apabila berlaku kecurangan. Jika mahu rumahtangga bahagia di dunia dan akhirat, jagalah diri, jangan berlaku curang..

Jagalah kesetiaan. Setia memegang janji Allah. Jagalah Allah, Allah menjagamu. Tawakkal. Tak perlu bimbang jika benar kita sungguh-sungguh memelihara syariat Allah. Betul, sangat payah untuk istiqamah mujahadah diri.. Dan memang itulah yang Allah nak dari kita. Kesungguhan kita menjaga syariatNya. Apa alasan lagi?? Terpulanglah. Kuasa memilih ada di tangan masing-masing. Insan yang lebih bertaqwa itulah yang lebih mulia di sisi Allah. Wallahua'lam.

*Faham ke? Kalau faham, alhamdulillah. Kalau tak faham, pun alhamdulillah. Maaf. Setakat ni je boleh terangkan. Selebihnya tanyalah orang yang lebih tahu dan lebih faham. Susah juga kalau tak faham sebenarnya..

No comments:

Post a Comment