Saturday, October 4, 2014

di tepi sungai yang terpencil...

jauh dari mata semoga tiada kelihatan derita jiwa. menyembunyikan aku dari pandangan agar tiada dilihat apa yang sedang dialami. pertanyaan khabar segala dibalas baik sahaja. semoga itu cukup buat yang bertanya.
adapun hamba di sini, izinkan hamba tenang-tenang sahaja.
bukankah hati yang saling mencintai itu tiada jarak?
semoga terhapus penghijab kalbu,
sehingga kita diperlihatkan Dia akan segala rahsia.
Rahsia cinta Dia.
sungguh Dia mencintai seluruh hamba-hamba melebihi dari apa yang hamba-hambaNya diberi izin tahu.
tatkala hati disentuh cintaNya, pudarlah segala warna-warna cinta yang lainNya terlarut dalam keindahan warna cintaNya. itulah cinta Allah; al-Wadud.
apabila hati dipenuhi cinta, maka segala yang lahir adalah cinta. banyaknya pemberian tidaklah mengurangkan khazanah cinta. malah sentiasa mengalir ibarat sungai tiada terputus airnya. tidakkah kita melihat keindahan sungai itu menceritakan Dia? Dia al-Wahhab. memberi, memberi dan terus memberi...

aku bertanya, "bagaimana hamba tiada pandai berenang dicampak dalam air yang dalam?"
maksud pertanyaanku ini adalah agar kalian (wahai jiwa dan ragaku) sentiasa bersyukur jika tidak diberi. keadaan tidak diberi, itu adalah PEMBERIAN. Allah memberi dengan cintaNya. Allah memberi dengan hikmahNya. Allah memberi dengan rahsiaaNya. Dialah al-Hakim. Dialah al-Ghaniy. Dialah al-Mughniy.

'wahai hamba, bagaimana pendapatmu tentang diriku?'

'tidakkah cukup Allah bagi hambaNya?'

"wahai Tuhanku, benarlah firmanMu..."

"wahai Tuhanku, ampunkanlah kecurangan hambaMu..."

"wahai Tuhanku, izinkan hamba mencintaiMu dengan cintaMu sehingga genap seluruh hati hamba sebulat-bulatnya hanyaMu...."

Ilaahii anta maqsuudii wa ridhaaka matluubii aatinii mahabbataka wa ma'rifataka...amin...


No comments:

Post a Comment