Monday, December 5, 2011

hati sudah terpaut pada indahnya hidup bertawakkal kepada Allah. syukur kepada Allah atas segala kurniaanNya.

ya Allah, bahagiakanlah mereka yang membawa aku kepadanya... bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat jua... lapangkanlah rezeki mereka di dunia ini mahupun di akhirat yang sentiasa dekat di hati...

bahagiakanlah mereka yang membawa aku kepada indahnya hidup bertawakkal kepadaMu...ikhlas dan sabar menerima semua ketentuanMu...gigih dan tekun dalam mempersiapkan diri menujuMu....

hati subur harapan....tak berhenti mengharap, moga Allah ampunkan segala dosa-dosa, dan kurniakan kekuatan untuk terus dan terus dan terus perbaiki diri... [sungguhpun diri takkan sempurna...] biarkan. dengan segala ketidaksempurnaan diri ini, biarkan terbit nilai kehambaan. menjadi hamba Allah. untuk Allah sahaja.

No comments:

Post a Comment