Monday, August 8, 2011

SAHAJA AKU ____________ KERANA ALLAH TAALA.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mencipta taman di hati hamba-hambaNya..(hatiku jua, alhamdulillah). Cuma perlu dipastikan, taman apakah yang ada di hatiku ini..adakah indahnya memukau hati insan melalaikan atau pesonanya membangkitkan iman... Warna warni taman hati ini datang dari benih apakah? benih iman, atau sekadar mainan syaitan saja; tampak indah namun khayalan semata. Hampeh!! Itu yang dibimbangkan..

Pada hati itulah tempat jatuhnya pandangan Allah..
Allah menilai hati..
aduh!! astaghfirullah..
"Cantikkah taman di hatiku ini ya Allah..??"
malu sungguh..

..atau mungkinkah tiada taman pun di hati ini melainkan tanah gersang menanti hadirnya siraman air mata taubat bagi menumbuhkan sebutir benih iman di hati...

SAHAJA AKU__________KERANA ALLAH TAALA.

PadaMu Allah, hambaMu berharap.
Pancarkan sinar taufiq dan hidayah pada hatiku (dan semua insan yang aku sayangi), sebagaimana Engkau jadikan sang mentari menyinari bumi...

...agar cantiknya taman di hati; warnanya sentiasa mekar, harumnya wangi semerbak kasturi, hidup harmoni dalam rahmat Ilahi, diredhai Allah dan disayangi nabi....

Allahumma amin..



No comments:

Post a Comment