Wednesday, May 4, 2011

TAUBAT

Cukuplah, jangan bertangguh dah.
Diri kembali bertaubat lagi...
entah kali ke berapa...
sebab susah benar untuk istiqamah.
itu alasannya.
Biarlah...
Biarkan taubat tiada kesudahannya..
kerana setiap saat, diri terpalit dosa..
maka, setiap saat itu juga perlu perbaharui taubat.

Taubat sebelum terlambat.
Esok belum tentu ada untuk kita.
Hari ni sihat, esok belum tentu..
Hari ni hidup, esok belum tentu..
Hari ni muda, esok sudah tentu makin tua..

Kalaupun sempat menjengah usia tua, belum tentu tulang masih kuat untuk beribadah; mendirikan solat nawafil, puasa sunat dan sebagainya.. Belum tentu mata masih celik.. Sekarang pun, lemahnya jasad dan rabunnya mata makin kian terasa. Sebelum tulang betul2 dah tak larat, mata tak mampu melihat apa2 lagi, eloklah dipergunakan seluruh kudrat yg berbaki ni untuk kembali kepada Allah... Mudah2an, ada ruang ketenangan bagi diri yg semakin hari dihimpit kesempitan masa; menghambat kehidupan dunia menuju kehidupan yg abadi..

Bukan aku seorang saja, malah, setiap jiwa yg bernyawa pasti merasa mati. Hatta malaikat maut juga, akhirnya akan mati. Sungguh akhirat itu bukan khayalan. Akhirat itu hakiki, perlu kita sedari dan fahami.

No comments:

Post a Comment