Sunday, May 15, 2011

BERKIRA-KIRA

kedekut.
makin berkira-kira.
makin berjaga-jaga.
macam tamak pun ada juga.

terjaga dari sebuah kelalaian.
mati itu pasti.
ia boleh berlaku bila2, mana2, sesiapa saja.

usia sebagai modal.
pelaburan biar untung.
kalau tidak, jangan!!

perkara sia2 sangat merugikan.
berhenti dari sia2.
beralih arah, tambah saham akhirat.
itu yg menjanjikan keuntungan berganda dan bahagia.

cinta, biar bermakna.
jangan membazirkan perasaan saja
pada mencintai sesuatu yg tak membawa hati rindu kepada Allah.

benci, biar kena pada tempatnya.
jangan dibiar hati melarat saja
pada membenci sesuatu yg merosakkan hubungan sesama manusia, sesama muslim khususnya.

cintalah pada perkara yg dicintai Allah dan Rasul..
bencilah pada perkara yg dibenci Allah dan Rasul..

berkira-kira.
kiranya begitulah..
berkira-kira, seandainya ajal menjemputku pada bila2 di mana saja, sekurang-kurangnya hati lapang menyambut ia, kerana aku sudah berkira-kira akan kedatangannya...insyaAllah...

kepada Allah jua kumohon keampunan atas segala dosa kesalahan juga kelalaian.

La haula wala quwwata illa billah.

p/s: sesiapa yg saya ada hutang padanya, tolong khabarkan. takde maknanya kalau saya berkira-kira timbang2 amalan dosa pahala tetapi hutang pada manusia tak dilunaskan.. Tolong khabarkan, dan saya insyaAllah, akan pulangkan bahagian yg tak layak jadi hak milik saya, insyaAllah. =)

No comments:

Post a Comment