Saturday, April 23, 2011

aku lihat mereka anak yg baik; selalu ambil cakna hal ibu bapa dan adik beradik. aku?? terkadang rasa serba salah. ihsan dan baktiku,pada mereka, tak sebaik dan tak sehebat bakti mereka kepada ibu bapa mereka. astaghfirullah..

dunia ibarat roda. jika kita buat baik pada ibu bapa, nanti, insyaAllah, anak kita akan buat baik pada kita, insyaAllah. itu yg cikgu aku selalu pesan.

dan sekarang, aku terfikir, adakah mereka menantikan aku menjadi anak yg baik sebaik mereka?? jika tidak, alhamdulillah, sebab aku tak termampu nak tiru mereka. moga Allah memberi ganjaran yg lebih baik dari itu. jika ye, pun alhamdulillah juga. =) moga2 harapan mereka menjadi kenyataan, insyaAllah.. Dan aku akan sekuat tenaga berusaha ke arah itu... Moga benarlah, aku adalah "noraini mardhiyah" bagi mereka, insyaAllah.

segala puji bagi Allah. tiada dayaku melakukan ketaatan, juga meninggalkan larangan, melainkan dengan rahmat Allah jua... Bukan aku tak ingin mengejar mardhatillah, namun, nafsu ini selalu memujuk aku, dan aku lesu.

kemuliaan milik Allah. tiada dayaku menghadapi pujukan nafsu melainkan dengan rahmat Allah jua. dan kini, biar aku yg memujuk nafsu. "nafsu, taatlah kepada Allah, insyaAllah, kita akan bahagia.."

segala-galanya milik Allah. tiadalah aku memiliki apa-apa melainkan seluruhnya adalah kurniaan daripada Allah taala. dan, 'kami' kini bahagia mengejar mardhatillah. nafsu juga, kembali mentaati Allah. usah liar lagi. sama2 tunduk dan taat. kerana kita kepunyaan Allah. maka, Allah adalah matlamat ubudiyah diri. Allah, dengan rahmatMu jua, nafsu ini tunduk pada sebuah cita-cita; MARDHATILLAH. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment