Monday, May 17, 2010

TAQARRUB ILALLAH

Dalam menghadapi apa jua masalah, jalan yang paling tepat yang patut kita ambil ialah taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). X semestinya waktu susah je kita perlu dekatkan diri kepada Allah. waktu senang pun kita perlu dekatkan diri kepada Allah...sebab waktu senanglah kita selalu lupa dan hanyut...

maka, dalam apa jua situasi, kita mesti sentiasa ingat kepada Allah yang sentiasa memerhati tindak laku hamba-hambaNya. insyaAllah, dengan adanya rasa ihsan dalam diri, kita akan jadi hamba yang taat kepada Allah setiap masa. kita akan rasa takut untuk melakukan dosa dan kita akan bersungguh-sungguh mengejar pahala. kita takkan putus asa mengharap rahmat dan keredhaan Allah.

segala-galanya masih belum terlambat andai kita mahu bertaubat. bertaubatlah segera; sebagai langkah pertama untuk mendekatkan diri kepada Allah. wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment