Saturday, May 8, 2010

PREPARE YOUR HEART FOR EXAMINATION

Perlu ada prinsip yang memagar diri dari terjerumus ke lembah kehinaan. Hati perlu kuat; tidak mudah terusik oleh kata-kata dusta atau janji murahan...tidak juga tertipu oleh pandangan mata khianat.
Hati mukmin itu sentiasa tenang dalam daerah kesejahteraan.
Hati perlu dididik dengan iman yang tak mudah goyah digoncang badai ujian.
Kualiti insan di sisi Allah dinilai dari segi hatinya -sakit atau sihatkah?
Setiap mukmin pasti rindukan hati yang sejahtera. Dunia takkan aman jika penghuninya terdiri daripada manusia yang berhati sakit. Parah umat Islam hari ini. Adakah kita mampu mengubati hati sendiri?
Hai insan, kembalilah kepada fitrah!
InsyaAllah kita akan temui jawapannya.
Hati yang lembut, tak bererti lemah.
Hati yang kuat, tak bererti keras.
Hati yang tak mudah terusik,bukan bererti tak sensitif.
Tapi itulah hati yang sarat dengan cinta & takut kepada Allah.
Mengertikah?
Mengertilah!

No comments:

Post a Comment