Saturday, May 22, 2010

NO CRY_NO FEAR_JUST FIGHT!!

Musuh yang hakiki adalah syaitan. Kerana itu, dengan menjadikan syaitan sebagai musuh, kita tidak akan ada lagi musuh daripada kalangan orang yang baik. Ini kerana semua sifat keji yang ada dalam diri manusia sebenarnya dicetuskan oleh syaitan. Musuh nyata syaitan adalah orang yang baik; yang beriman kepada Allah.

JOM!! Kita isytiharkan syaitan sebagai musuh kita! Syaitan tak pernah putus asa menggoda manusia. Kenapa kita mesti lemah daripada syaitan? Kenapa kita mesti ada rasa putus asa? JANGAN!! Buang perasaan putus asa jauh-jauh-jauh-jauh-jauh. "Selamat tinggal perasaan putus asa!!"

Allah tak pernah ajar hamba-hambaNya lemah semangat. Malah Allah sentiasa beri kita motivasi untuk terus pertingkatkan kualiti diri. ALLAH SANGAT BAIK!!!!
Tak percaya??
>baca surah az-Zumar ayat 53. (kalau tak baca, rugi!)
Allah baik!! Jangan putus asa harap rahmat Allah!! =)

No comments:

Post a Comment