Sunday, May 23, 2010

KERACUNAN MAKANAN

Betapa banyak orang yang sakit kerana keracunan makanan; sakit perut, muntah-muntah, pening dan sebagainya. Apabila hal ini terjadi, siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah kita nak salahkan Allah sebab biarkan kita sakit? atau salahkan makanan yang kita makan? atau salahkan tukang masak yang masak cincai-cincai; tak jaga kebersihan? atau salahkan siapa? Mengapa tak nak salahkan diri sendiri sebab tak hati-hati; pastu malas pula nak masak sendiri..? Ini baru makanan untuk jasad; belum lagi sentuh makanan untuk rohani..

Kalau makanan yang kita ambil untuk jasad itu keracunan, kita dapat lihat kesannya. Parah. Namun kalau makanan yang kita ambil untuk rohani pula keracunan, itu lebih parah akibatnya. Apa tidaknya? Kalau kita tersalah pilih makanan untuk rohani; contohnya bahan bacaan kita merupakan komik atau majalah lucah, kesannya, memang kita tak lihat kepala kita botak disebabkan kita baca bahan-bahan tu, tapi sedarkah kita, perkara ini menyebabkan otak jadi kuning.

Lagu yang melalaikan, konsert-konsert, pesta,..apa yang kita dengar, kita lihat, kita baca, semuanya beri kesan kepada hati. Sungguhpun gegendang telinga tak pecah jika kita dengar lagu-lagu melalaikan,.. atau jantung tak meletup disebabkan hiburan terlebih dos, ..mata tak juling disebabkan kita lihat perkara-perkara yang tak sepatutnya...
Namun...astaghfirullah..
Namun..sedihnya..
Namun, hati akan jadi gelap.
Adakah kita terlupa bahawa dengan hati kita inilah kita akan dibawa bertemu Allah taala..?
..Padahal Allah lihat pada hati..
..malulah kita kalau hati kita hitam, kotor, padahal dahulunya kita lahir di dunia berbekalkan hati yang bersih (fitrah). Tiba-tiba, kita pulang ke alam akhirat dalam keadaan hati tercemar.. Sedih. Rugi. Malu.
Oleh itu, marilah kita bersama berusaha bersihkan hati, agar dapat kita bertemu Allah bi qolbin salim, insyaAllah..

No comments:

Post a Comment