Wednesday, May 12, 2010

JANJI SETIA

engkau yang aku tinggalkan x sama dengan engkau yang aku temui kembali..
mungkin salah aku juga...
bukankah kita dah berjanji, kita akan berpegang kepada kalam Pencipta kita..?

kadang-kadang aku takut menghadapi sebuah perpisahan..
bukan kerana takut kehilangan dirimu,
tak..aku tak mungkin dapat tipu diri sendiri..
ye, aku bimbang..
kalau...

aku tak kisah kalau haluan kita berbeza,
asalkan kita tetap berpegang kepada prinsip hidup yang sama..
panduan yang sama..
peta perjalanan hidup yang sama..
alQuran dan asSunnah.

aku tahu, masing-masing di antara kita bukanlah arif sangat dalam bab kehidupan beragama..
tapi, bukankah kita dah berjanji untuk manfaatkan ilmu yang diajar oleh guru-guru kita?
dan pada masa yang sama kita berusaha meningkatkan kualiti diri sebagai hamba Pencipta..

aku takut..
maafkan aku, mungkin salah aku juga..
tapi, aku ingin kau tahu, aku masih berpegang pada janji kita suatu ketika dulu sebelum berpisah..
alQuran dan asSunnah..
alQuran dan asSunnah..
alQuran dan asSunnah..
kita akan terus menjaganya,
biarpun kita mati kerana memperjuangkannya.
insyaAllah, aku takkan mengubah janji.

jatuh bangkit aku..
jangan pernah bersimpati untukku..
biarkan aku dengan kedegilan aku..
hati aku mempunyai keyakinan,
dalam alQuran dan asSunnah ada segalanya yang kucari.
segala-galanya!! cuma aku yang belum jumpa...belum memahami..belum menghayati.
tapi aku pasti, ada.
aku tetap setia memegang janji, insyaAllah.
*kalau bukan janji Allah yang kita pegang, janji siapa lagi yang boleh dipercayai??

aku susah nak percayakan sesiapa,
cukuplah, hati aku tenang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.
hasbiyAllah..

No comments:

Post a Comment