Tuesday, May 18, 2010

JAHIL AGAMA ATAU JAHIL JAHILIAH

Benarkah? Kita melihat ramai orang yang mendedahkan aurat, ber'couple', melepak, merokok, hisap ganja dan sebagainya..kerana mereka jahil agama? benarkah? rasanya ada sebab yang lebih kuat lagi. mereka X semestinya jahil agama tetapi mereka jahil jahiliyah. mereka X mengenal jahiliyah.

InsyaAllah, kalau kita kenal jahiliyah, kita masih mampu selamatkan diri kita dari jahiliyah, walaupun kita kurang faqih dalam agama. apabila kita kenal jahiliyah & tak mengikut jahiliyah, itu adalah permulaan kita untuk tahu dalam hal ehwal agama. sedikit demi sedikit, kita belajar tentang agama...melangkah ke dalam cahaya.. Dari sini, agama mula dipelajari, difahami, dihayati, diamalkan dan disebarkan.

Dalam mengharungi kehidupan ini, sangat penting bagi kita untuk kenal agama dan kenal jahiliyah. Umar al-khattab pernah mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau, "sesungguhnya ikatan Islam terungkai satu demi satu daripada diri seseorang apabila dia tidak mengenal jahiliyah".

so???

kita perlu ambil cakne terhadap setiap perkara yang melibatkan kehidupan kita, terutamanya dalam hal menjaga kesucian aqidah... Jika ketidaktahuan kita tentang jahiliyah menyebabkan aqidah kita mudah goyah, maka, sangat wajar bagi kita mengenal apa itu jahiliyah. apa itu jahiliyah?? fikir-fikirkan dan dapatkan jawapannya.

No comments:

Post a Comment