Saturday, May 8, 2010

HUTANG KASIH ATAU KASIH HUTANG

Allah kasih akan orang-orang yang saling menyayangi keranaNya. Memberi hutang kepada orang yang memerlukan, tak dapat dinafikan, ia adalah salah satu bentuk kebaikan; meringankan kesusahan saudaranya yang sedang dalam kesempitan.
Jika diteliti dalam Al-Quran, ayat yang paling panjang ialah ayat yang berkenaan dengan hutang. Al-Quran bukanlah kitab sastera yang bertujuan untuk menukilkan ayat yang berbunga-bunga dan berjela-jela. Namun, indahnya Al-Quran itu, kerana ia memiliki bahasa yang indah, kaya dengan nilai-nilai seni.
...jika kamu berhutang, tulislah..datangkanlah saksi..
Wahai jiwa yang takut kepada Allah,
jika kamu berhutang, maka berusahalah sehabis daya untuk melunaskan hutangmu..berusahalah untuk ingat apa yang pernah engkau hutang daripada seseorang..
kerana boleh jadi orang yang memberi hutang malu untuk meminta daripadamu; lebih malu daripada orang yang meminta hutang daripadanya suatu ketika dahulu.
boleh jadi juga, pada hari ini, dia sangat memerlukan sesuatu yang boleh memenuhi keperluannya.
jika kita sengaja menangguh-nangguh untuk bayar hutang, bukankah kita telah menzalimi dirinya..??
Fikir-fikirkanlah wahai sahabat,
tentu kita pernah mengalami situasi sebagai
penghutang dan pemiutang..
tak susah sebenarnya untuk kita fahami perasaan masing-masing..
bincanglah baik-baik..
kita diikat dengan tali ukhuwah fillah.
janganlah disebabkan perkara yang sebegini, tangan kita sendiri yang merosakkan tali ukhuwah fillah itu.
Fitrah manusia sukakan kebaikan..
fitrah manusia juga tak suka dirinya dianiayai atau terasa diri teraniaya..
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment