Wednesday, April 15, 2015

Maharaja Cinta

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
Tiada suatu pun perbuatan Allah melainkan baik-baik sahaja.
Tiada suatu pun ketetapan Allah melainkan pasti ada hikmah.
Menangislah, raikan apa ada perasaan di jiwa.
Mengalirkan air mata hanya untuk Dia yang mengalirkan cinta...

bukti punya hati
ada gerak geloranya jua,
kadang-kadang cerah
adakala suram mendung tiada bermaya...
tersimpan perasaan
dalam takungan jiwa
yang ingin berTuhan yang Maha Cinta.

dari Dia kita datang,
kepada Dia kita dikembalikan jua....

Monday, April 13, 2015

bilakah hati kan terbuka untuk menerima sebuah lamaran?
ku menantikan jawapan namun penantian dikembali soal;
bilakah mahu hentikan kecurangan jiwa nan ananiyah, pada sikap dan pandang, jua pada rasa lintasan mendatang...

kalau bukan dia yang peduli, siapakah lagi?
kerana dia ialah engkau, ya Allah.
ampunkanlah kecurangan hamba...
dan bantulah hamba dalam redhaMu... Allahumma amin...

Dunia Mujahadah

sunyi juga dunia mujahadah ini. tapi di dunia ini banyak juga bicaranya. sukar dimengerti. dalam sunyi, ada bunyi. bahasa kebisuan barangkali. biarlah, yang penting, di ribaanMu aku mengantuk.

di ribaanMu, aku mengantuk.
terima kasih wahai Tuhanku.
dariMu jua ketenangan ini memujuk...

kusedari diriku bagai melukut...di tepi gantang...
dengan rahmatMu,
kumengharap agar diriku sudilah Kau pandang,
dengan pandangan belas kasihanMu,
yang Maha Pengasih Maha Penyayang....