Tuesday, December 9, 2014

cinta adalah kisah hati yang sukar difahami akal.
tatkala akal terhijab oleh logik, cinta pula terhijab oleh nafsu.
Dia al-Fattah, yang membukakan hijab, lalu terpancarlah tajalliNya pada pandangan hati.
hati yang dimaksudkan itu bukanlah hati sanubari tetapi hati nurani. hati nurani itulah yang menjadi wadah (bekas) tadahan segala limpah. itulah hati yang jika kita tidak menjaganya, maka rosaklah segala....

Itulah hati satu-satunya, pemberian yang perlu kita syukuri.
di dalam hati itu terbentang alam yang sangat luas, lebih luas dari langit dan bumi. semakin diterokai semakin luas, bagai tiada temu hujungnya.

Namun, ironinya....
mari merenung diri,
mengapa, hati kita terasa sempit dan sesak?
kerana dunia telah memasuki kawasan larangan hati.
justeru, itulah hukuman derita ditanggung bagi sesiapa yang lalai menjaga batasanNya...

Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment