Sunday, January 15, 2012

DUNIA OH DUNIA!


Dunia tu apa??
Walaupun dah 20 tahun lebih hidup di dunia...
Moga-moga soalan ni masih relevan untuk ditanya dan difahami...






Perumpamaan dunia yang digambarkan oleh Nabi s.a.w....
Motivasi untuk orang yang beriman:
Moga-moga nikmat yang diperoleh di dunia tidak melalaikan...
Dan musibah yang menimpa, tidak melemahkan....
Hidup dalam daerah syukur dan sabar; yakin kepada Allah. Husnuzon.


Dalam hati ada taman,
dalam taman ada iman..
Bahagia sokmo! insyaAllah.


Say: "alhamdulillah". :) Syukur selalu..
Bersyukurlah, dan Allah akan tambahkan lagi dan lagi dan lagi...... (surah Ibrahim, ayat 7)

Jiwa dan hati takkan hampa, insyaAllah, kerana jiwa subur dengan iman dan cinta... Siapa lagi yang meletakkan rasa itu dalam hati, kalau bukan Allah??
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah lagi dan lagi....

La haula wala quwwata illa billah..
Takkan mampu seseorang hamba Allah bersyukur kalau bukan kerana pertolongan Allah yang menjadikan hatinya rasa bersyukur..

Syukur lagi, kerana mampu bersyukur...

Kesyukuran yang memerlukan kesyukuran..

Apa lagi resah yang ada, kalau Allah sudah kurniakan hati yang mampu bersyukur?? Mempunyai hati yang bersyukur itu pun adalah rezeki... :)

dan,
kesyukuran bukanlah penghalang untuk kita bekerja mendapatkan dunia.. kerana zuhud bukanlah bererti kita miskin dari sudut keduniaan..

Zuhud itu ertinya dunia di tangan bukan di hati.
Kesyukuran kepada Allah diterjemahkan dalam bentuk zuhud menjalani kehidupan...

ISLAM agama sempurna.
Tiada yang tempang, semuanya SEIMBANG; duniawi dan ukhrawi. (al-Qasas ayat 77)
Adapun yang cacat itu, bukanlah ISLAM tetapi kita...
Oleh itu, yang perlu diubah itu bukanlah ISLAM, tetapi kita...

Kita.
Hijrah.
Ke arah penghayatan ISLAM yang sebenarnya.
MUJAHADAH.



Sungguh diri takkan sempurna walaupun sentiasa dalam keadaan baiki dan baiki dan baiki diri lagi dan lagi dan lagi... Biarkan. Kerana yang ingin dicapai itu, bukanlah kesempurnaan diri kita, TETAPI, yang ingin dicapai itu ialah CINTA ALLAH!!

CINTA ALLAH ITU PALING UTAMA!

Semoga, insyaAllah, kita semua mengerti CINTA SEJATI dan HAKIKI ini juga sama-sama berusaha mendapatkannya. La haula wala quwwata illa billah.

(^_^)V

Bittaufiq wan najah!!

No comments:

Post a Comment