Sunday, January 15, 2012

BAIK-BAIK sahaja...



Aku suka ciri-ciri wanita_hantaran_RM 10,000 ni walaupun aku bukan dari kalangan mereka yang mempunyai semua ciri-ciri tu. Sebab tu lah aku nak simpan dalam blog ni. :) menarik!

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa wanita yang ada ciri-ciri tu selalunya tak minta pun hantaran sebanyak RM10, 000 tu...

Oleh itu??


Oleh itu, kalau nak wanita yang ada ciri-ciri wanita_hantaran RM10, 000 bersiap-siaplah dari awal lagi... :) siapkan saja RM10, 000 tu dan jangan lupa, yang lebih penting : iaitu persiapkan diri dengan ilmu. Mantapkan diri. Kemas dari sudut aqidah, ibadah dan akhlaq.


sebab??


[sebabnya ada dalam surah an-Nisa, ayat 34]. Ni paling mahal. Hantaran RM10,000 pun, belum tentu dapat jamin bahagia...

"Dah tu, kalau dah siap-siap dah hantaran RM10, 000 tiba-tiba taknak pula?? Hek eleh...tak bagitahu awal-awal... Susah-susah je orang usahakan RM10, 000 tu.. Ambil masa lama tahu tak??!!" ~monolog si lelaki a.k.a bakal suami. [meletakkan diri di tempat lelaki jap. tak dapat bayang. main taip je.] -_-"

jawapan: Kalau ikhlas, tiada masalah. tak rugi apa-apapun. RM 10, 000 tu boleh diguna untuk banyak perkara lain yang pasti lebih utama, tak semestinya sebagai hantaran perkahwinan... Kalau sayang sangat, simpan elok-elok dalam tabung akhirat. InsyaAllah, selamat. Takde orang boleh kelentong atau curi atau songlap duit tu. Relaks r...Tak perlu marah-marah.. Masa yang panjang dalam usaha membuat persiapan itu pula, anggaplah sebagai latihan mendidik diri untuk sabar... Bukan senang nak usahakan tu kalau tiada kesabaran. Rasuah, tak main r!! Nak yang bersih punya!! Maklum saja, untuk dapatkan rezeki yang bersih memang perlukan kesungguhan dan kesabaran. Semua ni takkan mampu dilakukan andai tiada keikhlasan. Ikhlas dalam mencari rezeki yang halal...

Wallahua'lam.
Apa yang penting, utamakan keberkatan dalam kehidupan! :)




No comments:

Post a Comment