Friday, June 10, 2011

ke hulu ke hilir..
mundar mandir..
ke sana ke mari..
entah.

makan minum tidur..
adakah hanya sekadar itu..?
tidak.
tak nak begitu.

Allah.
kembali lagi kepada Allah.
mencari jawapan.
sudah berapa kali..
tak terhitung lagi..


sentiasa saja temui jalan buntu.
maka, sentiasa jugalah kembali kepada Allah.
(ini cara aku. aku tak jumpa jalan lain dah selain ini)

kembali kepada Allah yang mencipta diri.
kenapa aku dicipta?
khalifah?
hamba Allah?
pemegang amanah?

bertanya kepada mak yang melahirkan.
maaf mak..
kenapa mak, beri nama anak "noraini mardhiyah"?
rasa segan je pula..
diri tak padan dengan nama..
apapun, terima kasih mak..
insyaAllah, mak...

bertanya kepada abah sesuatu. (rahsia).
tapi kenapa abah?
oh, begitu rupa-rupanya.
hmm..insyaAllah..

bertanya kepada guru-guru.
apa yang penting dalam hidup ni?
husnul khatimah.
bakti.
ihsan.
ikhlas.
halal.
ilmu yang bermanfaat.
dan macam2 lagi...(lain orang, lain jawapan)

hmm.. pelbagai ragam manusia aku jumpa.
tidak memandang rendah, dan tidak pula memandang tinggi.
memandang kepada keluasan rahmat Allah. Allah yang mencipta segala-gala. Allah yang paling faham setiap satu dari hamba-hambaNya... Sabarnya Allah melayan karenah hamba-hambaNya yang bermacam ragam (termasuklah aku).....

Bagaimana tidak kembali kepada Allah, padahal, Allah yang mencipta diri. Allah yang paling memahami segala sesuatu kekusutan dalam diri. Allah saja yang berkuasa membantu. Allah yang maha penyayang, maha pengasih... Allah segala-galanya.

No comments:

Post a Comment