Tuesday, April 12, 2011

markah 85%.
kira cemerlanglah tu, kan?
A juga. kan?

dalam kehidupan kita ni, pasti kita target cemerlang. Setakat ni, alhamdulillah, tak pernah jumpa lagi orang yg kata, "harap2 saya gagal. saya dah penat usaha ni..dah tak larat dah ni..alangkah seronoknya kalau saya gagal."

~alhamdulillah, tak pernah jumpa lagi orang sebegitu. Kalau jumpa, saya pulak yg susah hati nanti. tak naklah!!

85%. ia sudah memadai untuk kita dapat A.
tak kira dalam UPSR, PMR mahupun SPM.
ia sudah cukup untuk pelajar universiti mendapatkan pointer 3.5 ke atas.
ia sudah cukup byk bagi seorang peniaga jika dia dapat untung 85%.

namun, dalam bab iman, 85%, belum mencukupi. belum layak untuk lulus pun.

nak tahu perihal iman 85%?

Lihat surah al-Baqarah ayat 85.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment