Tuesday, February 22, 2011

saat bermula kebinasaan diri adalah tatkala hati rasa putus asa dari rahmat Allah.
jangan campakkan dirimu ke arah kebinasaan.
jangan berputus asa.
perbaikkanlah, sesungguhnya Allah suka yg baik2!!
baikkan segala segi; zahir dan batin...
...duniawi ukhrawi..
(*ilham dari surah al-Baqarah, ayat 195)

beringat sebelum terlambat..
atas dasar apa manusia hidup berkasih sayang??
tatkala masing2 sibuk (sangat sibuk) dengan urusan masing2...
ke mana harus insan membawa diri?
sendiri~
tinggallah masing2 dengan amalan masing2..
tiada dapat membela antara satu sama lain.
tatkala setiap org menyedari apa yg telah dilakukan dulu..
setiap gerak laku diperlihatkan.
berani buat, beranilah tanggung!!
..kerana masing2 dengan amalan masing2, membawa diri masing2.
(*ilham dari surah Abasa, ayat 34-37)

berhadapan dengan realiti, mengapa mesti mengelak?
mengapa sering berdalih?
mengapa selalu sahaja beralasan?
~kononnya diri masih muda.. kematian itu jauh.. hidup berseronok sepuasnya.~
sedang lupakah hakikatnya, kematian itu makin menghampiri?
semakin hari semakin dekat..
..dan dekat..dan dekat..
sehingga tiba saatnya, tiada seorang pun mampu lari darinya.
jiwa dicengkam derita dek kerana dahaga pengisian rohani.
namun, nafsu sering bermaharajalela (ingin berseronok sepuasnya).
akhirnya??
nafsu takkan pernah puas; jiwa pula tak pernah merasa bahagia.
kenapa??
kerana kenikmatan yg diteguk, bukan kenikmatan hakiki.
dunia indah fatamorgana..
makin dikejar, makin bertambah nafsu mendapatkan habuan darinya..
makin tak puas..
makin tamak..
makin rosak nilai kemanusiaan!!
makin hari makin pudar warna.
makin hari makin suram sinarnya.
makin hari makin tawar rasa.
walau sering berdalih, namun, ingatlah!!!
kematian itu pasti datang jua!!
(*ilham dari surah al-Jumuah ayat 8)

Wallahua'lam

:::~menulis bukan untuk kepuasan, tapi peringatan.~peringatan untuk diri sendiri dan peringatan bagi sesiapa saja yg sering mahu saling beringat~:::

No comments:

Post a Comment