Saturday, January 15, 2011

mardhatillah, ertinya keredhaan Allah; kesukaan Allah

diredhai Allah
~ertinya disukai Allah; disayangi Allah..

disayangi Allah,
~diberkati perjalanan hidupnya di dunia dan akhirat..
~diberi petunjuk ke jalanNya yg lurus..
~diberi ketenangan hati dalam mentaati syariatNya..
~diberi ketabahan dalam mengharungi ujian kehidupan..

hati yg sejahtera itulah hati yg diredhai Allah.
(boleh rujuk surah al-fajr beberapa ayatnya yg terakhir)

nak dapatkan hati yg sejahtera itulah yg payah..
perlukan mujahadah, usaha yg bersungguh2..

(boleh rujuk surah asy-syams)
Allah kata, beruntunglah bagi mereka yg mensucikan jiwanya..
~ertinya sangat beruntung mereka yg saban hari membaikpulih jiwa, mengislahkan dirinya, menambah nilai kebaikan dalam dirinya, membersihkan dirinya dari dosa2 maksiat, bertaubat memohon ampunNya.

Allah kata lagi, dan merugilah bagi mereka yg mengotorinya..
~iaitu mereka yg saban hari makin menambah dosa dirinya lagi dan lagi dan lagi.. tiada usaha untuk berhenti dari dosa... sehingga hati karam dalam dosa....dan terhalang dirinya dari mendapat cahaya petunjuk dari Allah, bukan kerana cahaya petunjuk tu tak tersuluh padanya, tapi kerana hatinya susah tak mampu lagi menjadi deria untuk mengesan cahaya petunjuk itu.........maka, merugilah dirinya dek kerana terlepas dari mendapat cahaya petunjuk dari Allah.............

~.....hati pun resah tak menentu.......

~tatkala hati menunjukkan keresahannya, itu petanda Allah masih sayang..

~itu petanda, hati masih merindukan cahaya petunjuk Allah..

~itu petanda, hati masih mahukan kasih sayang Allah..

~itu petanda, hati mengaku, tak mampu hidup berjauhan dari Allah...

namun, bagaimana insan?? yg dosanya sudah berkarat di hati..
sudah menggunung tinggi...sudah tak terhitung lagi...masihkah ada sinar harapan untuk kesejahteraan?? masihkah ada peluang..masihkah ada ruang??

(adakala air mata tak keluar, namun hati menangis sunyi menahan sepi menanti di manakah perlu dicari rahmat Allah itu??) Dan ketahuilah duhai hati, Allah sangat memahami dan MENGHARGAI perasaanmu itu..
~tenanglah hai hati, terimalah kalimat dari Tuhanmu, hadiah untukmu, bekalan untukmu melalui perjalanan sunyi menahan sepi dalam usaha mencari dan mendapatkan rahmat dan redha Tuhanmu.....>>>surah azzumar, ayat 53.


*selamat sejahtera hati yg mencari sejahtera =)
ikhlas dari hatiku yg juga mencari sejahtera dan ingin menjadi sejahtera....

sekian,salam.

No comments:

Post a Comment