Sunday, November 28, 2010

SYURGA FIRDAUS UNTUK YANG LULUS UJIAN KEIMANAN

Alhamdulillah, lulus ujian undang-undang. kali ke2 buat baru lulus. buat malu je. apapun, alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Namun, lebih menjadi masalah hati ialah ujian keimanan. Semalam yang dah berlalu, hari ni sedang dilalui, esok belum tentu ada lagi. Setiap detik kehidupan menduga iman. Mampukah aku lulus ujian keimanan ini? La haula wala quwwata illa billah.

Lulus atau tidaknya ujian keimanan, bukan kita yang menilai ia tetapi Allah. Tugas kita, muhasabah, mujahadah, muhasabah, mujahadah, lagi dan lagi..islahkan diri untuk meraih rahmat Allah kerana hanya dengan rahmat Allah jualah kita lulus dalam ujian keimanan dan dapat kita mengecap nikmat Jannatul Firdaus.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment