Friday, November 12, 2010

JIKA DIRI HILANG ARAH..

Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. Tuhan yang menguasai pemerintahan langit & bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna. (al-Furqan 25: 1-2)

Jika diri hilang arah...maka hidup jadi x tentu hala. Mengapa begitu? Usah begitu. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali; inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Selagi kita mengaku muslim, selagi itulah kita tak boleh berputus asa mengharap rahmat Allah. Why? sebab tiada yang berputus asa dari (mengharapkan) rahmat Allah melainkan orang-orang kafir.

Iman manusia biasa (yg x ma'sum), maklum saja; ia bertambah & berkurang. Hati perlu sering diperingatkan agar tidak lalai... Jika jarang diperingatkan, dan hati mula lalai, maka tatkala ini, hati perlu diberi amaran agar kembali bertaut dengan syariat Allah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad untuk menjadi peringatan & amaran kepada kita semua; seluruh alam. Sangat beruntung orang yang mengambil al-Quran sebagai pedoman hidupnya & amat malang sekali bagi sesiapa yang meninggalkan khazanah ilmu & hikmah yang terdapat dalam al-Quran.

Jika ingin kenal Pencipta, bacalah al-Quran dengan bacaan yang sebenar-benarnya. Who is Allah? Jika ingin tahu 'Who is Allah', bacalah al-Quran; perdengarkan pada hati. Terpulang nak baca kuat atau perlahan atau minta orang lain tolong bacakan. xkisah. asalkan hati khusyuk menghayati. Dari sini, melalui bacaan al-Quran itu, hati akan tahu jawapannya, insyaAllah. Lain orang, lain perasaan. (selagimana ada perasaan, selagi itu teruskanlah menghayati al-Quran. InsyaAllah, kita akan dapati betapa baiknya Allah sungguhpun ada saat terasa gerunnya mengenang azab Allah. Dari sini, timbul rasa takut & harap.)

Kita sebahagian daripada alam, sudah tentu kita terikat dengan sunnatullah. Segala apa yang menimpa diri x kira samada yang menyenangkan hati atau yang menyusahkan hati, percayalah, sebenarnya Allah yang menciptakan segala sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna. Timbul persoalan di sini.. jika Allah dah tentukan taqdir yang sempurna, so, apa lagi tugas kita? Bukanke segala-galanya dah ditentukan??

Ye. Segala-galanya dah ditentukan. Mengertilah! Oleh sebab itu, kita x perlu takut untuk mengambil risiko mencurahkan seluruh daya upaya tenaga kekuatan yang kita ada untuk mencapai mardhatillah kerana segala-galanya dah ditentukan. segala kemungkinan yang buruk yang mungkin menimpa kita dalam usaha mendapatkan cinta Allah seperti dihina, diugut, diancam ISA, buang kerja malah dibunuh sekalipun, semua itu tidak seharusnya melemahkan semangat kita untuk terus berjuang mendapatkan cinta Allah. (Tugas kita, dalam usaha, sempurnakan ikhtiar & dalam niat, sempurnakan tawakkal~kata-kata dari seorang guru talaqi yang sempat terkesan di hati sehingga kini; ust Muhadir)

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment