Thursday, November 18, 2010

HARGA IMAN

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman, tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan mereka pula beroleh azab siksa yang tak terperi sakitnya. (Ali Imran 3:177)

Jika ditanya 'berapa harga iman?'. Ketahuilah sesungguhnya iman adalah segala-galanya! Perhatikan ayat 177 surah ali imran. Renungkan.

Iman adalah sebuah harga diri.
Iman adalah sebuah jati diri.
Iman adalah sebuah identiti diri.
Iman adalah hiasan dalam diri.
Iman adalah perisai bagi diri.
Iman adalah ubat hati.
Iman adalah segala-galanya.

Tergadai iman bererti tergadai harga diri, jati diri, identiti diri, hiasan dalam diri, perisai bagi diri, ubat hati.. Maka apa lagi yang tinggal jika iman sudah dipajak gadai?? Yang tinggal hanyalah azab seksa yang tak terperi sakitnya. Allahuakbar.

Apa kabar iman? mari bersama kita mengejar iman. dimanakah iman pernah terkeciciran? jom! kita cari dan kutip balik. dimanakah iman pernah terkegadaian? jom! kita tebus semula tak kira walau apa cara sekalipun. dimanakah iman pernah diperlekehkan? jom! kita bela iman. dimanakah iman pernah diabaikan? jom! kita ambil cakna hal ehwal iman. dimanakah iman yang rapuh dan kekalahan? jom! kita bina semula jati diri sebagai hamba Allah yang beriman. BANGKIT SEMULA DENGAN KEIMANAN; MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Yang lepas tu, lepaslah.. jadikan dosa-dosa lepas sebagai bekalan muhasabah..istighfar sama-sama.. Tiap kali terkenang dosa dulu, kita istighfar banyak-banyak. dah. jangan ulang lagi. jangan sedih dah. cukuplah, kita tawakkal kepada Allah untuk ampunkan dosa-dosa lepas. sedih lagi, istighfar lagi. sedih lagi, istighfar lagi..begitulah dosa-dosa lepas membawa hamba yang rindu kasih sayang Allah untuk terus menerus beristighfar sepanjang sisa perjalanan hidupnya....

(setakat ni dulu untuk kali ini. selamat mujahadah. didoakan semoga bahagia di dunia dan akhirat, insyaAllah.)

No comments:

Post a Comment