Thursday, May 20, 2010

TAK MENGAPA, HAI TEMAN

Hidup ini penuh onak duri. Dunia ini medan kita diuji.
Hidup kita di dunia ini bukan saja-saja. Ada sebabnya. Ada asal, ada tujunya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Lemahnya kita..
Banyak kekurangan. Kita takkan mampu hidup sorang-sorang. Kita perlukan teman untuk menceriakan hari-hari dalam hidup kita.. tapi adakalanya bukan senang untuk mencari teman yang betul-betul boleh membawa kita untuk sentiasa ingat dan cinta kepada Allah. Apapun, alhamdulillah..
Siapalah aku untuk mengharap lebih-lebih dari seorang teman. Aku pun banyak kekurangan.

Tak mengapa hai teman jika dirimu banyak kekurangan..kerana aku sendiri pun banyak kekurangan. Sudah cukup bagiku seandainya kita sama-sama sudi mengislahkan diri. Aku tak mengharapkan teman yang sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah. Yang aku harapkan ialah teman yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Ini sudah cukup.

Tak mengapa hai teman seandainya kau sering gagal. Aku sendiri pernah gagal. Aku pernah merasai pedihnya sebuah kegagalan. Aku pernah menelan pahitnya kagagalan. Cukup pedih. Sakit. Aku sendiri tak mampu menahan air mataku dari mengalir.. Aku sendiri tak dapat mengawal emosiku.. Aku sendiri tak mampu menyimpan rasa sedih dan kecewaku.

Tak mengapa hai teman jika kau mahu menangis. Aku sedia mendengar tangisanmu. Aku sendiri pernah menangis di hadapan seorang temanku suatu ketika dahulu tatkala tak tertanggung lagi air mata ini. Sungguh-sungguh aku menangis. Begitulah perjuangan.. Taklah mudah dan indah belaka. Pasti ada kesulitan yang dihadapi. Tapi semua itu ada hikmahnya. Menangislah kalau mahu, tapi janganlah engkau putus asa. Tak mengapa hai teman jika kau menangis asalkan kau takkan berputus asa.

Tak mengapa hai teman jika kau ingin ceritakan masalah kepadaku atau ingin berkongsi cerita atau apa-apa saja. Aku sudi mendengarnya.
Aku sendiri pernah tidak dapat mengawal emosiku..aku pernah luahkan perasaanku pada temanku suatu ketika dahulu.. Aku sedia menerima tempiasan emosimu. Tak mengapa hai teman.. Tak mengapa aku merasa sedikit tempiasan emosimu itu. Berikanlah kepadaku andai kau tak mampu mengawal lagi emosimu itu. Biar kita rasa bersama. Memang aku tak mampu menghilangkan kesedihanmu, kekecewaanmu..tapi berilah aku sedikit bebanan yang kau tanggung itu agar kita boleh ubah sama-sama.
Biarlah kesedihan itu menginsafkan diri..
Biarlah kekecewaan itu menyedarkan hati
..agar kita kembali kepada Allah, mengadu kepadaNya..
penuh khusyuk dan tawadhuk. Tunduk dan cinta kepada Allah..

Tak mengapa hai teman jika kau pernah buat dosa dan kau menangis kerana mengenangkan dosamu itu. Aku pun insan berdosa. Aku faham kesedihan itu. Terimalah hakikat, kita bukan ma'sum. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan..
Fear Allah
where ever
you are,
and follow up
a bad deed
with a good one,
and it will
wipe it out.
And behave well
towards people.

Tak mengapa hai teman jika satu hari nanti kita tak dapat lagi saling ketemu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terimalah dengan redha. Moga pertemuan kita membawa berkat..perpisahan kita berbekal semangat..bukanlah dengan tangan kosong. Kita membawa visi & misi yang besar. Biarlah pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah.

Tak mengapa hai teman.. Cukup bagiku seandainya kita saling mendoakan antara satu sama lain. Itulah penghubung kasih antara kita. Yakinilah janji-janji Allah.. Destinasi kita satu, walaupun cara kita berbeza. InsyaAllah kita jumpa di destinasi. Doakan kita selamat sampai..
Tak mengapa hai teman..
jika aku pergi dahulu, kau teruskanlah perjuangan kita dalam menegakkan syiar Islam. Jangan kau ratapi pemergianku. Meratapi kematianku, bererti kau tidak redha dengan pemergianku.. Janganlah.. Itu hanya akan melemahkan jiwamu. Tak mengapa hai teman.. janganlah menangis. Tolong doakan aku bahagia di alam sana.. Tak mengapa hai teman, tabahlah!! Kuatkan tawakkalmu kepada Allah. Jangan berhenti berusaha. Keep on mujahadah!! Istiqamah!! Sentiasa berada di jalan yang benar. Wassalam......

No comments:

Post a Comment