Thursday, May 20, 2010

12 SIFAT 'IBADURRAHMAN

Benarkah kita ni hamba Allah? atau adakah kita lebih suka menurut kemahuan nafsu sahaja? atau adalah kita ambil Islam secara 50%-50%? atau kita tolak sebahagian yang kita rasa 'tak serasi' dengan jiwa kita?

Jika benar kita hamba Allah yang sebenar-benar menghambakan diri kepada Allah, maka ada 12 ciri yang harus kita miliki. mesti miliki.

From surah al-Furqan ayat 63-74.
Ciri-ciri hamba Ar-Rahman..

1. Berjalan di bumi dengan sopan santun.
2. Apabila orang-orang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata mereka, hamba Ar-Rahman menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tak diingini.
3. Tekun mengerjakan ibadah kepada Allah pada malam hari dengan sujud dan berdiri (solat).
4. Selalu berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada azab jahannam.
5. Dalam membelanjakan harta, mereka tidak boros & tidak kedekut; sederhana.
6. Tak sembah sesuatu kecuali Allah.
7. Tak bunuh jiwa yang haram dibunuh.
8. Tak melakukan zina.
9. Tidak menghadiri tempat-tempat yang dilarang oleh Allah.
10. Apabila bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
11. Apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Allah, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak & buta.
12. Mereka yang berdoa: "ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata bagi kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."

Adakah 12 ciri ni ada pada kita? Kalau ada, alhamdulillah. Kalau takde pun, alhamdulillah..jangan putus asa. Tingkatkan lagi usaha kita. InsyaAllah, orang yang lebih menghambakan diri kepada Allah, dia lebih dekat dengan Tuhannya. Makin kita menghambakan diri kepada Allah, makin Allah muliakan kita. Wallahua'lam.

*untuk keterangan yang lebih jelas, boleh rujuk tafsir Ibnu Katsir..

No comments:

Post a Comment